Video Doktor Tengking Pesakit Tular, Warganet Sepakat Sokong Doktor

Trending

Video Doktor Tengking Pesakit Tular, Warganet Sepakat Sokong Doktor

Satu klip video menunjukkan seorang doktor menengking pesakit sedang tular di media sosial.

Dalam video itu, doktor tersebut dikatakan memarahi pesakit yang tidak mahu menunggu giliran untuk menerima rawatan, walaupun doktor itu berkata akan merawat pesakit yang membuat rakaman itu selepas dia menyelesaikan rawatan untuk pesakit yang sedang dirawatnya.

Advertisement

Pesakit itu kemudiannya merakamkan wajah doktor tersebut yang merupakan seorang doktor di hospital kerajaan, sebelum mengugut akan menularkan video tersebut.

Doktor itu bagaimanapun mengatakan ‘buat sajalah!’ bila diugut begitu.

Warganet bagaimanapun kebanyakannya menyokong doktor tersebut. Tambahan pula video itu seolah-olah dipotong untuk menunjukkan cerita satu pihak sahaja.

Ramai percaya doktor itu naik marah kerana pesakit tersebut masuk ke dalam bilik rawatan tanpa kebenaran dan meminta dirawat sedangkan doktor itu belum habis merawat pesakit yang berada dalam bilik rawatan.

Dan bila permintaan mereka tidak dilayan, mereka merakam video untuk menularkan doktor tersebut.

Setakat ini masih belum ada laporan berita rasmi mengenai insiden ini. – amazingnara.com

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...