Video Doktor Luar Negara Cerita Kehebatan Malaysia Tangani COVID-19 Kini Tular Di Media Sosial

Trending

Video Doktor Luar Negara Cerita Kehebatan Malaysia Tangani COVID-19 Kini Tular Di Media Sosial

Sekiranya anda masih lagi skeptikal tentang langkah dan usaha kerajaan menangani penularan COVID-19, mungkin kenyataan daripada doktor dari luar negara ini boleh mengubah pandangan itu. Dustin Pfundheller yang merupakan seorang doktor gigi baru-baru ini memuatnaik video mengenai usaha Malaysia tangani wabak ini.

Di dalam video tersebut, Dr Dustin Pfundheller menceritakan kronologi penularan wabak ini di Malaysia dan bagaimana usaha yang dilakukan berjaya menjadikan Malaysia antara yang terbaik di dunia. Video tersebut kini tular di media sosial bukan sahaja di Malaysia malah turut ditonton di luar negara.

Advertisement

“Bantu saya sebar kehebatan Malaysia tangani COVID-19.”

Bukan sahaja memuji usaha Malaysia, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.

“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.”

Dia juga berpendapat Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak.

Dustin Pfundheller

Dia turut memuji tindakan pantas kerajaan dalam melaksanakan PKP dengan penutupan semua jalan raya, selain larangan menganjurkan program atau majlis, sekolah dan sektor perniagaan. Pada akhir video, dia sendiri berasa kesal kerana tidak memasukkan Malaysia di dalam videonya sebelum ini mengenai senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19.

“Sejurus kita sedar pada suatu masa Malaysia pernah berada pada angka tiga kali ganda lebih teruk berbanding semua negara di Asia Tenggara dan sekarang mereka adalah antara yang terbaik, cerita mengagumkan ini perlu dikongsi.”

Dustin Pfundheller

Video itu sudah menerima lebih 876,000 tontonan dan 49,000 perkongsian setakat ini di Facebook. Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...