Sedia maklum, berita berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak beberapa hari ini menjadi topik bualan utama para netizen di media sosial.
Susulan itu, ramai warganet memberi cadangan agar pihak kerajaan memilih pempengaruh terlebih dahulu untuk merasai pengalaman sertai program tersebut.
Terdapat segelintir netizen di platform X memetik nama pempengaruh serta usahawan sensasi, Kieda Crepe untuk dipanggil masuk PLKN.
Sedar namanya disebut ramai, Kieda tampil membuat video dan berseloroh mahu merealisasikan permintaan netizen itu.
Disebabkan Kieda nak jaga hati semua orang, saya terpaksa memilih untuk menyertai penghuluwati PLKN selepas ini.
Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut memerli segelintir netizen yang selalu mengecamnya dengan menyeru mereka untuk sertai kumpulannya jika berjaya memasuki PLKN kelak.