(VIDEO) Dituduh Halang Anak Jumpa Bapa, Fatin Afeefa Bidas Netizen – “You Nak Surat Lawyer Ke?”

Hiburan

(VIDEO) Dituduh Halang Anak Jumpa Bapa, Fatin Afeefa Bidas Netizen – “You Nak Surat Lawyer Ke?”

Pelakon, Fatin Afeefa berang apabila terdapat segelintir netizen yang menggesanya untuk memberi kebenaran kepada bekas suami, Adam Shahz untuk bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia.

Menerusi sebuah hantaran video, seorang individu telah membangkitkan isu berkaitan hubungan antara bapa dan anak yang ‘terhalang’ ketika Fatin sedang membuat sesi live di laman TikTok.

Advertisement

Menurut individu berkenaan, pelakon Tentang Bulan itu tidak sepatutnya menghalang Adam untuk berjumpa anak memandangkan dia juga merupkan bakal wali kepada anak perempuannya itu.

Wei, Faa bagi ex kau jumpa anak-anak dia. Kau tak boleh larang dia jadi wali or jumpa ayah dia.

Tampil membalas komen tersebut, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin menganggap kenyataan individu berkenaan agak melampau.

Awak nak saya surat lawyer ke? Awak cakap macam ni awak nak surat lawyer ke? Kalau awak nak, saya boleh mintakkan lawyer saya sediakan surat untuk awak. Kalau awak naklah.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 28 tahun itu turut mengugut individu berkenaan untuk menghantar surat peguam kepadanya.

Cara awak cakap macam ni macam melampau pula. Kalau nak boleh cakap. Kalau teringinlah nak naik turun court. Okay, takda? Better minta maaf sekarang.

@babes_faa

Biasa la Netizen ? #fatinafeffa #artismalaysia #fateen #dudukje #suamifatinafeefa #suamiistribahagia #artismalays

? original sound – Fatinafeefa? – Fatinafeefa?

Terdahulu, kes tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon, Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal menemui jalan penyelesaian.

Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor menangguhkan kes sebutan semula pada 17 April depan.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan bahawa dia sudah hampir empat bulan tidak berjumpa dengan anaknya, Ivy Herra Sophia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

(VIDEO) "Weekend With Love" - Adam Shahz Akhirnya Dapat Jumpa Anak Lepas 4 Bulan 'Terpisah'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...