(VIDEO) Dituduh Ganggu Waktu Tidur Masak Pukul 5 Pagi, Gadis Dimaki & Ditampar ‘Housemate’

Kehidupan

(VIDEO) Dituduh Ganggu Waktu Tidur Masak Pukul 5 Pagi, Gadis Dimaki & Ditampar ‘Housemate’

Sudah menjadi kebiasaan untuk orang bujang yang bekerja di bandar menyewa bilik kerana ianya jauh lebih murah dari menyewa sebuah rumah sendiri.

Jika seseorang itu menyewa bilik, sudah pasti dalam satu rumah akan mempunyai orang luar yang tidak dikenali turut menyewa, jadinya perlulah untuk kita tidak mempunyai sifat mementingkan diri sendiri.

Advertisement

Seperti satu kisah dikongsikan oleh seorang gadis di Facebook ini yang amat mengejutkan orang ramai, apabila dirinya ditampar oleh housemate sehingga merah pipi akibat memasak pada pukul 5 pagi.

Melalui hantaran itu, housemate terbabit mengambil tindakan sebegitu kerana mendakwa gadis itu telah menganggu waktu tidurnya dengan memasak seawal pagi.

Kerana merasakan housematenya itu keterlaluan, dia telah membuat laporan polis, namun ketika polis bertanya kenapa menampar gadis itu, housemate tersebut dengan selamba berkata dirinya mempunyai mild anxiety dan perlu banyak berehat sambil menunjuk bekas ubat-ubatannya.

Melihat pada situasi yang terjadi, pihak polis hanya meminta housemate itu untuk memohon maaf kepada gadis terbabit, tetapi semasa membuat permohonan maaf, housematenya tetap menyalahkan gadis tersebut dengan mengatakan dia tidak bersikap bertimbang rasa.

Difahamkan, gadis tersebut masih tinggal di dalam rumah yang sama dan berharap agar housematenya tidak mengapa-apakan dirinya lagi.

salah pegang suami
3 years ago

Ingat Baju Sedondon Suami Sendiri, Wanita Salah Pegang Suami Orang Bikin Netizen Terbahak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...