(Video) : Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Tab Mandi, Seorang Kanak-kanak Hampir Lemas.

Trending

(Video) : Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Tab Mandi, Seorang Kanak-kanak Hampir Lemas.

Video seorang kanak-kanak yang hampir lemas viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Video berdurasi 1 minit 36 saat itu telah ditonton 29,000 kali dan dikongsi 414 penggunanya sejak dimuat naik.

Advertisement

Video tersebut memaparkan kejadian berlaku pada jam 1.16 petang pada 16 Mei 2017. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Video menunjukkan seorang kanak-kanak yang duduk di atas pelampung berwarna merah jambu, dibiarkan bersendirian di tab mandi tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.

Sejurus selepas itu, kelihatan kelibat seorang wanita yang dipercayai petugas premis berkenaan keluar dari bilik tersebut meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian.

Sehinggalah satu ketika, kanak-kanak itu cuba keluar dari pelampung tersebut, namun terbalik dan gagal mengeluarkan kakinya dari pelampung.

Mangsa meronta-ronta selama 1 minit 10 saat di dalam air sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki yang ternampak kejadian itu.

Kedua-dua individu itu cuba menepuk bahagian belakang badan mangsa untuk mengeluarkan air dari dadanya. Bagaimanapun tidak diketahui nasib mangsa selepas itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...