(Video) : Diserang Histeria Di Sekolah, Seorang Pelajar Cuba Terjun Dari Tangki Air Setinggi 18 Meter.

Trending

(Video) : Diserang Histeria Di Sekolah, Seorang Pelajar Cuba Terjun Dari Tangki Air Setinggi 18 Meter.

Seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Bagan Serai dilaporkan cuba terjun dari sebuah tangki air di sebuah sekolah selepas dipercayai diserang histeria.

Advertisement

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi telah disedari oleh warga sekolah selepas terlihat pelajar tingkatan empat itu berada di tangki air yang berketinggian lebih 18 meter.

Pelajar tersebut cuba meniti bahagian penghadang jalan di keliling tangki air itu menyebabkan warga sekolah cemas melihat aksinya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang dihubungai telah bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10.55 pagi dan cuba untuk memujuk mangsa untuk turun, namun usaha berikut gagal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, setibanya anggota di lokasi, mangsa dilihat berada dalam keadaan histeria dan meniti di bahagian pengadang jalan tangki air terbabit.

“Apabila mangsa cuba untuk turun pada tangki air itu, anggota terus menerpa menangkap mangsa.

“Mangsa kemudiannya terus dibawa turun dan diserahkan pada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan sumber, masalah histeria di sekolah ini sering berulang-ulang, mangsa telah pun diserang histeria semalam tetapi masalah itu berulang pada hari ini.

Ada netizen yang turut berasal dari sekolah ini mengaitkan sebuah banglo lama digelar ‘banglo Marina’ yang berada di sebelah sebagai punca kejadian histeria selalu terjadi di sekolah berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...