(Video) Disangka Mainan, Seorang Budak Dipatuk Ular Ketika Sedang Bermain

Trending

(Video) Disangka Mainan, Seorang Budak Dipatuk Ular Ketika Sedang Bermain

Kanak-kanak tidak pernah kenal erti bahaya, yang mereka tahu semua benda adalah permainan untuk mereka. Bagitu juga dengan kanak-kanak ini.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain berseorangan tanpa pemerhatian orang dewasa lalu memegang ular yang disangka mainan.

Advertisement

Rakaman dimuat naik melalui Facebook page ‘durian media’ menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju putih duduk asyik bermain seorang diri sebelum memunggah bakul mainan miliknya yang berada di tepi kirinya.

Kanak-kanak ini sedang memunggah bakul mainan ini hingga melihat seekor ular di dalam bakul tersebut yang disangkakan mainan juga.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 2 minit 21 saat di luar rumah. Kanak-kanak itu dilihat memegang, menarik badan ular yang tersangkut di celahan lubang bakul permainan itu.

Kemudian dia cuba memasukkan peralatan mainan ke dalam bakul dan ingin mengangkat bakul masuk ke dalam rumah, namun telah dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan kanak-kanak ini terduduk lalu menangis.

Insiden ini terjadi kira-kira jam 5.40 petang itu telah dirakamkan menerusi rakaman CCTV di Shah Alam.

 

Kepada ibu bapa di luar sana, pantaulah anak-anak ketika sedang bermain. Jangan biarkan mereka bersendirian kerana kita tidak tahu apa yang ada di persekitaran rumah.

 

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...