(VIDEO) Dipercayai Alami Masalah Mental, Lelaki Bertindak Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar

Trending

(VIDEO) Dipercayai Alami Masalah Mental, Lelaki Bertindak Pecahkan Cermin Kereta Guna Topi Keledar

Seorang lelaki yang menunggang motosikal disyaki bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta orang awam ditahan polis di Pekan Parit Jawa, semalam.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah persimpangan lampu isyarat sekitar jam 3.20 petang di mana dia menggunakan objek topi keledar untuk memecahkan cermin kereta berkenaan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, insiden itu berpunca daripada perselisihan faham antara lelaki berusia 25 tahun dengan pemandu wanita berusia 26 tahun.

“Punca kejadian dipercayai berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta wanita itu”.

pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Selepas ditahan, suspek itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital itu.

“Suspek juga didakwa memecahkan cermin sisi di bahagian pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya”.

Sejak semalam, tular video yang berdurasi 1 minit 38 saat menunjukkan seorang lelaki berang bertindak memecahkan cermin dan merosakkan kereta yang dipandu wanita di Pekan Parit Jawa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...