(VIDEO) “Diorang Dah Tunggu 10 Tahun Nak Dapatkan..” – Lelaki Tak Dapat Tahan Sebak, Kongsi Momen Bantu Mangsa Kemalangan Di Tol Bukit Kajang

Kehidupan

(VIDEO) “Diorang Dah Tunggu 10 Tahun Nak Dapatkan..” – Lelaki Tak Dapat Tahan Sebak, Kongsi Momen Bantu Mangsa Kemalangan Di Tol Bukit Kajang

Sedia maklum, semala, berita mengenai kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang hingga mengakibatkan kematian bayi lelaki berusia setahun telah pun mengejutkan ramai pihak.

“Bila aku bagitahu ja, mereka meraung..”

Terbaru di platform TikTok, seorang individu bernama Ridhwan Mohamad tampil berkongsikan momen sedih sewaktu dirinya mengesahkan bahawa bayi tersebut telah meninggal dunia kepada ibu bapa mangsa.

Advertisement

Aku tolong akak (ibu mangsa) itu untuk bercakap dengan suami dia yang berkali-kali bertanyakan keadaan anak dia kepada aku. Sampailah akhirnya, aku maklumkan juga yang anak mereka dah tak ada. Bila aku bagitahu ja, mereka meraung weh.

@my.ridhwan♬ original sound – Ridhwan Mohamad

10 tahun menunggu cahaya mata pertama

Lagi membuatkan keadaan lebih sedih, pasangan tersebut telah menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.

Sehinggalah ambulans sampai, aku tolong angkat bayi itu masuk ke dalam sambil akak itu berkali-kali merayu nak tengok anak dia. Kemudian ibu kepada akak itu (nenek mangsa) yang duduk di dalam ambulans bagitahu yang diorang dah tunggu 10 tahun nak dapatkan mangsa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar perkongsiaan individu tersebut dan dalam pada masa yang sama turut mendoakan roh bayi tersebut dicucuri rahmat.

komen

komen

suspek pukul anak saudara dengan tukul
2025-09-27 10:38:29

Kes Lelaki Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Menagih Pil Kuda - "Dia Dah 2 Minggu Tak Tidur Sebelum Kejadian"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...