Nama selebriti Indonesia, Rizky Billar bukan saja disebut di negaranya saja, malah di Malaysia juga namanya menjadi bualan orang ramai kerana perbuatan kasar yang dibuat olehnya terhadap isteri, Lesti Kejora.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu kes keganasan rumah tangga mereka telah pun diselesaikan apabila Lesti membuat keputusan untuk memaafkan suami dan yakin Rizky mampu menjadi ayah yang baik kepada anak.
Sudah selesai dengan kes itu, timbul pula satu lagi kes apabila vide Rizky memarahi seorang lelaki dan juga wanita yang dipercayai jirannya menjadi tular di media sosial.
Namun, bila menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada selebriti terbabit, malah kebanyakkan mereka merasakan jirannya hanya ingin perbesarkan isu serta membuat kecoh.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.