Terdahulu, tular di laman Twitter satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shahnawaz Ansari yang memaparkan bandar Times Square di New York dipenuhi dengan umat Muslim yang sedang mendirikan solat tarawih.
Menurut portal The News Arab, majlis itu telah dikenalikan oleh pertubuhan Wayoflifesq dengan kerjasama TheZamZamProject.
Difahamkan, seramai hampir 2000 umat Muslim telah menghadirkan diri dengan memperuntukkan sejumlah 1,500 hidangan Iftar kepada mereka yang hadir.
Kami di sini untuk menerangkan agama kami kepada semua orang yang tidak tahu apa itu Islam.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih sebanyak 743.7K tontonan, 4.29K tanda suka, dan 1.37K ciap semula di laman Twitter.
Times Square, New York City.#RamadanKareem pic.twitter.com/oUYuvTPzhZ
— Shahnawaz Ansari (@shanu_sab) April 3, 2022
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan pertubuhan itu namun ada juga yang mempersoalkan tentang lokasi yang dipilih tidak sesuai untuk mendirikan solat.
Nampak macam ada benda yang tak betul, saya bercakap sebagai seorang Muslim – Warganet.
“Adakah halal untuk mendirikan solat dikelilingi dengan papan tanda neon yang menunjukkan iklan alkohol dan kelab malam?” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.