Bukan kali pertama dikecam kerana lawak terlampau ketika mengacara, Nabil Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencampak tanjak yang dipakai ke lantai ketika siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar, Jumaat lalu.
Rata-rata menyifatkan tindakan Nabil itu biadab kerana tidak menghormati dan memperlekehkan adat tradisional bangsa Melayu yang tinggi nilainya.
Susulan itu, Nabil menerusi akaun Instagramnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya ketika mengacara.
Malu dan menyesal

Terkesan dengan teguran
Terdahulu, perbuatan Nabil telah mendapat teguran Dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Perlakuan Nabil yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu.

Saya Cantik
July 15, 2019 at 9:30 am
Ala..benda kecik jeee
Wak
August 11, 2019 at 1:00 pm
Betul. Tanjak tu pon bkn benda suci mcm quran atau makanan. Situasinya pon bkn dlm situasi menghina. Sama mcm org campak topi atau cap atau mortar konvokesyen masa tgh suka sangat. Kicik punya hal lah.
Anonymous
July 15, 2019 at 8:21 am
Bagus nabil ni. Dah clear cut salah, just say sorry.move on. X yah bg dalih bagai.
Tk
July 15, 2019 at 2:00 am
Tak pe la ko dah mnta maaf. Lain kali kena hati hati.