Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Dikecam Bergambar Dengan Husky, Nabila Huda Bidas Teguran PU Syed

nabila huda bidas teguran pu syed

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed kerana bergambar dengan seekor anjing baka Husky. PU Syed kecewa dengan sikap golongan artis yang semakin menjadi-jadi membuat perkara haram dengan sedar. Menormalisasikan dosa sangat bahaya dan turut mengatakan Nabila tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut kerana bimbang boleh mengundang fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

nabila huda bidas teguran pu syed

Advertisement

Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif kepada masyarakat, Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya membidas teguran PU Syed.

“Masalah awak ni apa?”

 

 

Nabila menjelaskan dia memegang Husky dalam keadaan kering dan telah samak selepas itu.

Advertisement

nabila huda

Pada Nabila, setiap apa yang dimuat naik dalam media sosial itu adalah hak individu. Tambahnya lagi, dia merasakan teguran yang diberikan oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan menganggap pendakwah bebas itu hanya ingin meraih populariti sahaja.

“Itu bukan teguran, itu judge. Saya

explain apa yang saya rasa.”

nabila huda bidas teguran pu syedRata-rata netizen yang melihat video tersebut menyifatkan Nabila tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Namun, aktres itu tetap bertegas dengan pendiriannya, hanya meluahkan apa yang dirasakan. Dia juga mempunyai hak untuk bersuara.

nabila huda pu syedTerdahulu, Nabila menjelaskan tindakannya memuat naik foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dan menyeru agar orang ramai menyayangi haiwan termasuklah anjing. Nabila berkata, dia tahu memegang anjing itu haram tetapi ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. frozen

    November 6, 2019 at 1:42 pm

    x boleh ditegur minah ni. taulah dosa masing-masing. Teguran tu juga salah satu bentuk dakwah. Bila rasa xnak ditegur xyah publish kt umum. Semoga Allah bg hidayah kat ko.. Jgn bongkak sgt babil..

  2. Anonymous

    November 6, 2019 at 11:12 am

    retis macam ini lah buat sesuatu supaya masuk socmed dan blog supaya orang ingat.
    ditegur terus terkapar2 lama sudah tidak lancangkan.
    kalau lebih dari 44 sumpahan orang nah baru sibok minta doa yang baik2.
    retis mcm inilah buat dulu provoke orang bila kena bala minta orang doakan.

  3. @#

    November 6, 2019 at 10:00 am

    satu jer nak nak cakap…
    kita berhak untuk buat apa jer, buat yang baik ker buruk ker, hak kita
    tapi kena ingat , hidup bermasyarakat, orang sekeliling juga ada hak untuk tegur kita kalau ada yang dilihat tidak berapa baik untuk pengaruh kepada org lain..
    just my two cents, peace…..

  4. miss_Oppssssssssss

    November 6, 2019 at 9:56 am

    Dah ko pun post benda tuh kat IG ko, PU Syed pun post la kat socmed dia….. Salah ke?>

    Manusia mcm Abil ni la yg buat kaum lain pandang rendah kat kita… Kita beria xnak pegang anjing babi semua, tpada spesis yg siap pertahankan perbuatan tu betul…..

    Kang x lama lagi pun ada yg xkisah makan babi dengan alasan “ala, ko makan pun nanti keluar jadi taik jugak….. “….

  5. Anonymous

    November 6, 2019 at 9:37 am

    Abil xnak manusia tegur. Dia nak allah maha pencipta yg tegur direct. Moga bertabah kalau allah tegur direct

Loading...
To Top