Written by Bella | November 5th, 2019

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerima teguran daripada Pencetus Ummah Syed kerana bergambar dengan seekor anjing baka Husky. PU Syed kecewa dengan sikap golongan artis yang semakin menjadi-jadi membuat perkara haram dengan sedar. Menormalisasikan dosa sangat bahaya dan turut mengatakan Nabila tidak sepatutnya berkongsikan foto tersebut kerana bimbang boleh mengundang fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

nabila huda bidas teguran pu syed

Tidak mahu dirinya terus dianggap membawa pengaruh negatif kepada masyarakat, Nabila menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya membidas teguran PU Syed.

“Masalah awak ni apa?”

 

 

Nabila menjelaskan dia memegang Husky dalam keadaan kering dan telah samak selepas itu.

nabila huda

Pada Nabila, setiap apa yang dimuat naik dalam media sosial itu adalah hak individu. Tambahnya lagi, dia merasakan teguran yang diberikan oleh PU Syed itu adalah tidak wajar dan menganggap pendakwah bebas itu hanya ingin meraih populariti sahaja.

“Itu bukan teguran, itu judge. Saya

explain apa yang saya rasa.”

nabila huda bidas teguran pu syedRata-rata netizen yang melihat video tersebut menyifatkan Nabila tidak boleh menerima teguran secara terbuka. Namun, aktres itu tetap bertegas dengan pendiriannya, hanya meluahkan apa yang dirasakan. Dia juga mempunyai hak untuk bersuara.

nabila huda pu syedTerdahulu, Nabila menjelaskan tindakannya memuat naik foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kegembiraan dan menyeru agar orang ramai menyayangi haiwan termasuklah anjing. Nabila berkata, dia tahu memegang anjing itu haram tetapi ia bukanlah isu yang harus diperbesarkan.

38 responses to (VIDEO) Dikecam Bergambar Dengan Husky, Nabila Huda Bidas Teguran PU Syed

  1. Anonymous says:

    Abil xnak manusia tegur. Dia nak allah maha pencipta yg tegur direct. Moga bertabah kalau allah tegur direct

  2. miss_Oppssssssssss says:

    Dah ko pun post benda tuh kat IG ko, PU Syed pun post la kat socmed dia….. Salah ke?>

    Manusia mcm Abil ni la yg buat kaum lain pandang rendah kat kita… Kita beria xnak pegang anjing babi semua, tpada spesis yg siap pertahankan perbuatan tu betul…..

    Kang x lama lagi pun ada yg xkisah makan babi dengan alasan “ala, ko makan pun nanti keluar jadi taik jugak….. “….

  3. @# says:

    satu jer nak nak cakap…
    kita berhak untuk buat apa jer, buat yang baik ker buruk ker, hak kita
    tapi kena ingat , hidup bermasyarakat, orang sekeliling juga ada hak untuk tegur kita kalau ada yang dilihat tidak berapa baik untuk pengaruh kepada org lain..
    just my two cents, peace…..

  4. Anonymous says:

    retis macam ini lah buat sesuatu supaya masuk socmed dan blog supaya orang ingat.
    ditegur terus terkapar2 lama sudah tidak lancangkan.
    kalau lebih dari 44 sumpahan orang nah baru sibok minta doa yang baik2.
    retis mcm inilah buat dulu provoke orang bila kena bala minta orang doakan.

  5. frozen says:

    x boleh ditegur minah ni. taulah dosa masing-masing. Teguran tu juga salah satu bentuk dakwah. Bila rasa xnak ditegur xyah publish kt umum. Semoga Allah bg hidayah kat ko.. Jgn bongkak sgt babil..

  6. Suci says:

    sbb kat akhirat nnt AllahAtllah ko jd PU, Daie,Ustaz, kenapa?…tugasnya menegur atau membimbing utk agama.klu org tu tknk terima teguran lepas dh tnggungjwb dia..ko pun sama mcm si dia ni tk fhm tugas org agama

  7. Suci says:

    kes si pu Abu tu psl poligami/cerai/kawin….PU lain diorg nk ulas/tegur beria utk apa…dh tent2 poligami tu halal

  8. Anonymous says:

    Kurang ajar betul nabila huda ni..org tegur secara baik x nk terima..atas dunia bolehlah ckp senang mcm tu..harap kita semua insaf dn berwaspada dgn fitnah dunia yg semakin menjadi jadi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini