Written by Bella | March 13th, 2018

Dihimpit dengan kontroversi serta pelbagai kritikan akibat daripada krisis rumah tangga yang sedang dihadapi, penyanyi Ziana Zain dilihat tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu sebak ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih pada majlis Mood Republic Awards Gala Night.

Suasana ketika itu menjadi pilu dan tidak dinafikan betapa mendalamnya maksud lagu tersebut dengan apa yang sedang berlaku kepada diri Ziana.

Dalam nada sedih, Ziana berkata hidup perlu diteruskan dan sebagai seorang selebriti beliau tetap harus memberikan fokus kepada kerjayanya. Ziana juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan beliau kata-kata semangat.

Ketika ini, hati Ziana sedang menanggung pelbagai kesedihan yang beliau sendiri tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Kami berdoa beliau akan terus kuat menghadapi ujian dalam hidupnya.



39 responses to (VIDEO) Dihimpit Kontroversi, Ziana Zain Sebak Dan Menangis Ketika Persembahan

  1. baby G says:

    kesian kak ziana….menadah gerimis lagu ikonik. love you kak ziana.

    5

    1
    • woman too says:

      hati seorang wanita dan menjatuhkan air mata bukan bererti dia lemah. crying is healthy. a good cry can release pent up aggression, stress, and nervousness. it is a sign that she was trying to be so strong for too long and we understand.

      21

      0
      • wekkkkkkk says:

        Air mata sudah byk bertakung dlm mata, berlinang2 dn bercahaya air, bila hati pilu dn mngenangkan pulak masalah yg tgh melanda, di dendangkan pulak dgn alunan lagu pilu, maka “air mata yg brtakung sudah x boleh di kawal lagi”..maka pecahlah tembok tu..lalu deras mengalir.

        hehehehehe.

        3

        3
      • zie says:

        pernah jumpa ziana zain ni kt klcc dgn pak zain. mmg x sombong dan cantik sangat. esotik gila. mat2 salleh dlm kedai terpegun je tengok dia melangkah masuk ke dlm kedai. i love you kak ziana. you are truly one of a kind. #respect!

        7

        3
    • Dr. Hamidah says:

      I fully support a woman who is fighting and standing up for her children. For a wife to say NO to any kind of abuses- mentally or physically is applaudable. Be strong Ziana..you have done a right thing for the sake of your 9-yo. It is ok to cry…

      30

      1
      • Mat Ronggeng says:

        Yes. You are doing the right thing Ziana Zain. This is year 2018…. SAY NO TO DOMESTIC VIOLENCE.
        When a father said “anak dia bebal” in public…it goes to show how actually BEBAL the father is.
        I’m Mat Ronggeng. I’m a man and I hate domestic violence.

        25

        0
      • mangsa dera says:

        betul. byk masaalah penderaan skrg sebab si ibu malu tak mahu aibkan si suami. si suami pun apa lagi …naik lemak jdi samseng dlm rumah. ni lah dilema masyarakat melayu. pastu guna nama islam nk tegakkan benang basah….

        14

        1
    • Zack says:

      There is one and only artist in Malaysia who I respect much and she is ZIANA ZAIN! Period.

      5

      2
  2. lorat betul..bingit tau ke? says:

    memekak la acik2 bawang dok jadi backup singer…..hahah

    4

    0
  3. kak som says:

    rasanya dia tahu..pengakhiran nya di makamah syariah.

    8

    0
    • wekkkkkkk says:

      bukan ini, kak ziana ni x penah ada kisah rmhtangga brgolak ke hape, pandai dia kawal dn kontrol, tapi dia menangis sbb dlm mbsrkn anak2 yg tgh naik remaja byk cabaran dn byk perlukan wang. Kak ziana ni bekerja dari remaja di kilang JVC Shah Alam sbelum jadi artis, dri mula dh payah…smpailah skrg masih bekerja. Mmg lah hati sendu byk perlukan wang. Tambhan lagi ada netizen ckp somi x kerja.
      Tak mengapa kak ziana, ada kesudahan yg lebih baik nnti.

      Org yg byk duit bila ada masalah mcm ni pasti akan melancong ke luar negara berbulan2. Tapi yg kurang berduit terpaksalah mencari duit walaupun hati tu tgh lara dn nestapa.

      8

      1
      • Anonymous says:

        mungkin suami dia ingat kak ziana x akan buka pekung masaalah rumahtangga sebab dia kan retis. tapi kesabaran seseorang ada batasnya….
        awas!

        10

        1
  4. Anonymous says:

    macam mana professional sekalipun
    akan ada masa hati tu tercuit dan tersentuh
    so releks la…dia pun manusia biasa

    6

    0
    • Anonymous says:

      kalau siapa tak kenal ziana zain mesti kutuk. kalau pernah jumpa dia…baik. artis2 patut ikut perangai dia. x kekwat.

      0

      1
  5. Anonymous says:

    u go kak ziana, at least u x lari dari orang ramai and tenang menjawab persoalan. u bangkit demi anak2 and diorg bersyukur sbb ada mak pelindung yang macam u and tak sorok sume tu untuk jaga kepentingan sndiri.

    8

    0
  6. Sambal belacan says:

    Moga kak ziana kuat menempuh cabaran ni dan dipermudahkan segala urusan.

    4

    0
  7. Anonymous says:

    kak ziana dikecualikan. okay menangis kak ziana. it is normal…

    6

    0
  8. Anonymous says:

    aku pulak yg sebak knp ni.

    3

    0
  9. Anonymous says:

    Simpati dgn kes akak ziana ni..cumanya kita x tau duduk perkara yg sebenarnya..
    Kes akak ziana ni pun dh hampir nk meletup dan diletupkn lg..moga itu cumanya fitnah belaka..kuatkn hati akak !!!

    #kesian

    1

    1
  10. Anonymous says:

    ziana zain ni baik ko. artis yg tahu hormati orang….sabar kak ye.

    2

    1
  11. anon says:

    Majoriti netizen komen positif about ZZ…
    sapa kata netizen hati hitam/busuk bagai..
    klu retis tu baik/sopan etc… netizen pun komen positif beri semangat..
    tapi klu retis extend/roboh masjid, 99% netizen akan kutuk…
    netizen pun ada hati/perasaan..
    retis mana nak kena bash & retis mana nak beri semangat…

    19

    1
  12. gg says:

    sabar kak ziana. kadang kesedihan tu tak mmpu dibendung lagi sebab dah terlalu sarat.. tabahlah kakziana.. semuanya ada hikmah disebalik kejadian.. moga akak kuat utk hadapi liku2 kehidupan.. support you sis!

    5

    0
  13. Anonymous says:

    org yg xkenal ziana zain je yg kutuk2 dia. dia ni baik orangnya. peramah dan x sombong.

    4

    1
  14. Anonymous says:

    support kak ziana.

    4

    0
  15. Anonymous says:

    its ok for you to cry kak. its something yang u stand up for demi melindungi anak2 you.

    5

    0
  16. Mak esah says:

    Be strong akk ZZ

    1

    0
  17. Ass says:

    Armin akan masuk penjara….adakah itu okay???Walalupun nak beri pengajaran…

    0

    2
    • Anon says:

      Ni dah jadi kes mahkamah, mahkamah akan adili. Kalau betul dia salah pukul berlebihan, i.e. mendera, memang patuk maduk penjara.

      Ko nak tunggu anak dia mati duluke baru nak report polis?

      5

      0
  18. Anonymous says:

    klu nak bagi pengajaran bertempat lor ..awal2 sy bgthu sy taktau cerita sebenar..klu silap maap..tapi klu dah memberi pengajarn smpi lebam2 luka2 ker sape nak tanggung pebelanjaan ank2 yang sakit nanti..sape yg jaga kat hospital..dah sendiri yg cari nafkah nak anto ank gi hospital nak bayar hospital..ishh

    0

    1
  19. Ros says:

    Hidup artis bila dah tua memang sadis, kecuali selebriti yang kuat berniaga sekarang. Terima lah jalan yang telah dipilih.

    *artis untuk mereka yang ada art
    *selebriti ni semua orang yang popularkan diri untuk sesuatu yakni mewakili majoriti manusia.

    2

    0
  20. Amanda says:

    saya tak berapa setuju cara parents yang menggunakan kekerasan melampau kepada anak2 dengan alasan untuk mendidik, dulu ayah saya pun jenis kuat pukul anak kadang2 sampai lebam2 lebih2 lagi abang saya yang agak lemah belajar, bila mak tegur ayah, alasan die nak abang jadi orang berguna. tapi sekarang bila abang saya dah besar, die makin teruk dan terjebak dengan dadah, otak pulak makin tak betul sebab selalu kena hentak kepala. kadang2 parents tak sedar dalam mendidik tu mereka “terdera” tanpa sengaja sebab ikutkan perasaan marah masa menghukum. bagi saya kalau setakat rotan sikit2 untuk bagi pengajaran then bagi kata2 nasihat its ok. anak2 kena tahu yang diorang kena marah sebab disayangi bukan sebab parents benci. so caranye kena la betul.

    1

    1

Leave a Comment

Optional