Baru-baru ini viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faiz Hakim memaparkan seorang warga emas.
Menerusi video tersebut, warga emas berusia 66 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai dua orang anak yang bekerja sebagai seorang doktor dan seorang jurutera di Petronas.
Namun, selepas kematian suaminya, anak-anak telah meminta untuk menurunkan kesemua harta pada nama mereka sehinggakan warga emas itu tinggal sehelai sepinggang.
Walaupun pernah cuba datang sampai di hadapan rumah untuk berjumpa anak-anaknya, wanita berasal dari Kelantan itu telah dihalau oleh mereka.
Apa yang lebih menyedihkan, dia turut ditinggalkan di Rumah Orang Tua pada waktu malam dengan alasan mereka tidak dapat menjaganya disebabkan terlalu banyak kerja dan tanggungan hidup.
Sengaja mute kan, cerita ibunda ni sebak..
@faizhakim90 Mohon jaga mak ayah kita semua..Allahurabbi.. #kisahibuanak #parenting #faizhakim #fahacademy
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat nasib warga emas berkenaan dan mengecam tindakan anak-anak yang tidak mengenang jasa dan budi ibu bapa.
Anak dia tak fikir ke. Dari mana dia datang dan siapa yang besarkan dia sampai dapat jawatan tinggi. – netizen.
“Guru saya pernah berkata, andai kata air mata seorang ibu mengalir akibat seorang anak derhaka kepada ibu, anak tersebut tidak akan masuk syurga,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.