Tular rakaman memaparkan seorang lelaki yang sedang merompak dengan tenang sambil menggeledah untuk mencari barang berharga milik seorang nenek tua.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Kampung Melayu, Simpang Renggam, Johor dan video tersebut telah mencetuskan pelbagai perdebatan dan persoalan di media sosial.
Dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu, lelaki berkenaan didengari menyuruh nenek tersebut diam selepas warga emas itu berkata dia tidak mempunyai duit.
Dia kemudian berjaya menemukan dompet di belakang nenek tersebut dan mencuri duit yang ada di dalamnya. Nenek itu juga turut berusaha untuk meminta tolong namun lelaki berkenaan kemudian menekup mulutnya agar suara tidak didengari sesiapa.
View on Threads
Anak tinggal berdekatan
Hantaran itu telah mencetuskan pelbagai persoalan daripada netizen dan sestengah turut bertanya mengapa wanita tua sebegitu dibiarkan tinggal seorang diri.
Dalam pada itu, ramai yang menghentam lelaki berkenaan kerana sihat tubuh badan dan masih ada kudrat namun tidak bekerja sebaliknya tergamak menyamun nenek tua tersebut.
Menerusi komen seorang wanita mengakui cucu kepada mangsa, nenek berkenaan selamat dan dalam keadaan sihat. Katanya, bapa saudaranya iaitu anak kepada mangsa tinggal berdekatan dan menjaga keperluan neneknya.
Nenek saya cukup makan, pakai. Setiap hari ada orang hantar keperluan nenek. Cuma dia berkeras taknak duduk dengan anak-anak
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.