Seorang pengguna TikTok tampil berkongsi pengalaman seram apabila rakannya tiba-tiba dirasuk dalam kereta ketika mereka berada di luar sekitar jam 2 pagi.
Dalam video tersebut, rakan individu itu yang duduk di sebelah pemandu mula berkelakuan pelik sebelum mengilai secara tiba-tiba selama beberapa minit.
Sewaktu kejadian, saya sedang memandu kereta. Rakan saya duduk di sebelah. Tiba-tiba dia mengilai tak berhenti, katanya sebab stress.
Kawan-kawan di tempat duduk belakang mula rasa tidak sedap hati. Tak pernah kawan saya itu ketawa macam ni.
Sejurus selepas itu, dia terus membuka ayat Al-Quran di radio sebagai ikhtiar.
Kawan saya minta saya berhenti dan kemudian terus buka pintu dan muntah. Selepas muntah, kawan saya terus kembali normal.
Gara-gara insiden itu, dia sempat menasihatkan orang ramai terutamanya anak gadis untuk tidak keluar berada di luar sehingga lewat malam dan pagi buta.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpanggil untuk berkongsikan pengalaman sama dengan wanita itu.
“Korang lepak mana malam tadi? Kadang-kadang, ada benda yang ikut sebelum balik tu” kongsi seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.