Drama cinta berjudul ‘Risik Pada Hati’ arahan Pali Yahya menjadi tumpuan netizen setelah salah satu babak menimbulkan kekeliruan terhadap penonton.
Apa yang mendapat perhatian adalah apabila watak Erra yang dimainkan oleh Trisha Ooi dengan confident mengucapkan lafaz cerai kepada suaminya akibat terlalu geram.
Perkara itu tidak masuk akal kerana sepatutnya hanya suami yang mempunyai kuasa untuk menceraikan pasangan dan bukannya terletak di tangan isteri.
Tindakan spontan itu membuatkan rata-rata netizen terhibur dan ada juga yang menganggap watak Erra sebagai penyeri di dalam drama tersebut.
“Erra ni penyeri dalam drama ni,” tulis seorang warganet di ruangan komen Instagram pelakon itu.
“Memang kelakar pon,” ujar seorang lagi netizen.
Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: