Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bahawa seorang pelakon wanita kini sedang cuba untuk mendekati suaminya malah mengaku sudah ‘terlanjur’ suka dengan Aliff Aziz.
Difahamkan, pelakon wanita itu merupakan heroin yang sedang bergandingan dengan Aliff dalam sebuah naskah drama.
Kata Bella, dia bimbang kejadian lama berulang kembali namun bersyukur suaminya itu banyak mengalami perubahan setelah mereka berdua rujuk kembali.
Cuma yang baru-baru ini, memang ada masalah. Jadi saya bagi amaran. Sudah tentu saya bertanyakan Aliff terlebih dahulu. Tapi saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang rasa tak perlu. Sampai tujuh lapan kali.
Bella kemudian bertanyakan rakan artis mengenai nombor telefon yang telah menganggu hubungan perkahwinan antara mereka berdua dan ternyata ia adalah nombor pelakon wanita tersebut.
Jadi apabila sampai tujuh, lapan ‘missed call’, saya tak nampak sebab itu. Dia mesej saya, minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana telah tersuka dengan suami saya.
Cerita Bella lagi, pelakon wanita itu juga sangat ‘berani’ kerana menghantar mesej kepadanya berulang kali dengan alasan untuk menjadi kawan.
Berikutan itu, Bella memaklumkan bahawa dia telah berbincang dengan Aliff namun kesal heroin drama itu tetap berusaha untuk mendekati suaminya.
Bella juga berharap agar pelakon wanita itu termasuklah Aliff untuk sentiasa menjaga diri sendiri agar tidak melampaui batas selain memperbetulkan niat ketika mencari rezeki, terutama sekali status mereka sebagai anak seni.