Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Walaupun disahkan tidak mempunyai hayat yang panjang tetapi demi realisasikan impian terakhirnya ini, ramai pihak yang berusaha membantu.
Ahmad Danial yang berusia 7 tahun ini merupakan pesakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat. Permintaan terakhir kanak-kanak ini adalah untuk menjadi ahli bomba walaupun peluang untuknya hidup semakin tipis.
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.”
Semasa pertemuan ini, bukan sahaja dia berpeluang untuk memakai seragam bomba tetapi juga dapat menaiki jentera bomba.
Netizen juga turut sama meluahkan kesedihan melihat keadaan adik Ahmad Danial ini. Kanser DIPG yang dihidapinya ini antara kanser yang jarang ditemui dan tidak dapat dirawat.
“Salute to the parents for fulfilling their son ambition as long their son with them.”
“Mengalir air mata tanpa sedar . Sebak dia tak boleh nak bawa bincang. Semoga adik cepat sembuh ye, semoga segala urusan adik dipermudahkan.”
Sumber: Facebook