Baru-baru ini, penyanyi Yazmin Aziz telah menjadi bualan warganet susulan tular video memaparkan dirinya mencium teman lelaki, Simon Jospeh Javier di depan khalayak ramai selepas dinobatkan sebagai Mister National Universe yang berlangsung di Manila, malam Ahad.
Melalui video berdurasi 39 saat itu, Yazmin, 24, yang memakai gaun berwarna hitam dengan selamba memeluk dan membalas ciuman, di mana ia diiringi dengan sorakan ramai.
Ciuman pemenang Mister National Universe MPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz.
@divastar_klao The winning kiss of MIPH National Universe 2025 Simon Javier and GF Yazmin Aziz ❤️✨👑 #simonjavier #simonsays #simonsaysvlog #yazminaziz #misterinternationalphilippines2025 #miph2025 #laspiñas #fy #fyp #pageants #pageantryph #pageanttalkph #pageantupdates #pageantry #hellostars #divastar ♬ original sound – Divastar
Susulan video tersebut tular di platform tersebut, netizen meluahkan rasa terkejut memandangkan Yazmin merupakan wanita beragama Islam.
Malah, mempertikaikan kenyataan Simon sebelum ini yang mengatakan dirinya mahu mencium penyanyi terbabit selepas mereka berkahwin.
Dalam video tersebut, Yazmin turut kelihatan gembira sambil melompat-lompat teruja kerana teman lelakinya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.