(VIDEO) “Dia Boleh Tengok Je” – Buka Kedai Di Kaki Lima Sampai Halang Laluan, Pengguna OKU Luah Rasa Kecewa

Kehidupan

(VIDEO) “Dia Boleh Tengok Je” – Buka Kedai Di Kaki Lima Sampai Halang Laluan, Pengguna OKU Luah Rasa Kecewa

Tular di laman Twitter, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ahmad Faiz yang terpaksa berhadapan situasi sukar ketika menggunakan laluan untuk ke jejantas penghubung PWTC-Sunway Putra.

Menerusi video tersebut, Faiz yang menggunakan kerusi roda mengalami kesukaran ketika melalui kawasan tersebut gara-gara peniaga yang meletakkan gerai di kaki lima sehingga menyempitkan laluan.

Advertisement

Malah, Faiz turut meluahkan rasa kecewa apabila peniaga itu turut hanya melihat walaupun mengetahui barang-barang meniaga itu menghalang jalan.

laluan

Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang?

Menurutnya lagi, kawasan itu mempunyai banyak lagi ruang lain yang boleh dijadikan tempat untuk meniaga dan bukannya di kaki lima itu yang mana ruang laluannya sangat sempit dan agak tinggi.

Janganlah buka kedai di laluan kerusi roda, wheelchair boleh tergelincir ke bawah. Bahaya.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan peniaga itu yang sesuka hati membuka kedai di kaki lima sehingga menyusahkan pengguna OKU.

Agak-agak la meniaga pun – Netizen.

Sebab tu aku tak suka peniaga macam ni, menyusahkan orang. Nak meniaga tu meniaga la tapi jangan sampai menyusahkan golongan oku. Cari la tempat elok sikit,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Facebook
3 years ago

"Pekat B*dohnya" - Penunggang Motosikal Lalu 'Lane' TnG, Paksa Buka Palang Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...