(VIDEO) “Dia Baru Darjah 1” – Hidap ADHA & Disleksia, Ibu Luah Rasa Kecewa Anak Ditampar Rakan Sekolah

Kehidupan

(VIDEO) “Dia Baru Darjah 1” – Hidap ADHA & Disleksia, Ibu Luah Rasa Kecewa Anak Ditampar Rakan Sekolah

Seperti yang kita tahu, membesarkan anak istimewa bukanlah suatu perkara yang mudah kerana memerlukan kesabaran yang tinggi dan jiwa yang kental.

Namun, kadang-kala banyak ujian yang perlu ditempuhi oleh para ibu bapa yang membesarkan anak syurga ini.

Advertisement

Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faamulan yang juga merupakan ibu berkongsi pengalaman apabila anaknya yang menghidap ADHD, Disleksia, dan rabun dibuli rakan sekolah.

anak

Harini masa dia balik sekolah, dia cerita dia kena buli dengan kawan dia, bukan saja kawan dia ambil cemin mata dia buat main, tapi dia lempang anak aku.

Menurutnya lagi, anaknya yang berusia 7 tahun telah pulang dari sekolah dengan kesan pipi merah akibat dilempang rakan sekolah.

Aku tanya ‘adik ada kacau dia ke?’ anak aku cakap ‘tak ada umi’. Baru darjah 1.. macam mana dah besar nanti?

@faamulan71

#stitch with @miaaaa sorry for the ugly cry face. tp bila membesarkan anak syurga ni mcm2 ujian kene kuat.

? original sound – Faamulan71 – Faamulan71

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih dengan kejadian itu dan mencadangkan agar dia mendaftarkan anaknya di sekolah khas yang lebih sesuai untuk pembelajaran anaknya.

Ya allah kesiannya darjah 1 dah kena buli – netizen.

So sorry to hear, puan boleh tempatkan dia ke sekolah yang lebih baik dalam kalangan kategori mereka, dunia pendidikan khas saja yang memahami,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunang
3 years ago

(VIDEO) “Dia Pilih Yang Lain”- Tunang ‘Lari’ Gara-Gara Hanya Kerja Kilang, Netizen Sayu Tengok Lelaki Ini Termenung Sedih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...