(VIDEO) “Dia Baik Dengan Ibu, Rugi Kalau Lepaskan..” – Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital…

Hiburan

(VIDEO) “Dia Baik Dengan Ibu, Rugi Kalau Lepaskan..” – Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital…

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok milik @fattahamiraa yang berjaya mencuri perhatian ramai. Video tersebut setakat ini telah meraih lebih 135,000 tontonan, 7,841 tanda suka, dan 257 komen daripada pengguna media sosial yang teruja dengan momen yang dikongsikan.

Dalam video tersebut, kelihatan dua keping gambar yang memaparkan ibu kepada pelakon popular Fattah Amin sedang melawat penyanyi Amira Othman di hospital baru-baru ini.

Advertisement

Momen tersebut nyata menyentuh hati ramai dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Walaupun tengah sakit, Amira tetap nampak lawa dan anggun macam biasa.

Rata-rata warganet turut memuji keperibadian Amira yang dianggap seorang wanita baik dan lemah lembut, sambil menitipkan doa agar penyanyi itu segera sembuh dan bertemu jodoh yang baik.

Amira Othman seorang perempuan yang sangat baik, pasti jodohnya juga adalah orang yang baik kerana jodoh adalah cerminan diri.

Video penuh kasih sayang itu bukan saja membuat ramai tersenyum, malah turut mengundang harapan ramai agar hubungan mereka direstui dan berkembang ke fasa lebih serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Betty rahmad
2025-06-20 11:19:51

Betty Rahmad Kesal Video Bersama Ruhainies Disalah Anggap - "Laju Buat Andaian, Sudah-Sudahlah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tiktok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...