Video Di Sebalik Tabir Pramugari Di Atas Burj Khalifa

Trending

Video Di Sebalik Tabir Pramugari Di Atas Burj Khalifa

Baru-baru ini tular satu video iklan pendek yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan Emirates berdiri di atas bangunan Burj Khalifa.

Ramai yang mendakwa bahawa video itu hanyalah suntingan semata-mata. Jika difikir, agak mustahil untuk seseorang individu itu berada di puncak salah satu bangunan tertinggi di dunia.

Advertisement

3 years ago

Polis Siasat Pelakon & Penerbit Video Iklan Judi Raya

Pun begitu, video itu mendapat perhatian dalam kalangan warganet kerana adegan itu boleh dikatakan agak berbahaya.

Video iklan tersebut telah dikongsi semula oleh warganet di laman sosial dan memberi pelbagai reaksi berhubung dengan video yang cukup menggerunkan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 15memes™? (@limabelasmemes)

Majoriti warganet merasakan gayat dan takut walaupun tidak berada di lokasi dan hanya melihat daripada video sahaja.

iklan pramugari di atas burj khalifah

Pasti ramai yang ‘gegar lutut’ selepas melihat video iklan tersebut kan. Namun di sebalik video pengiklanan ini, aspek keselamatan juga dititikberatkan kepada mereka yang terlibat.

Rehearsal sebelum buat pengambaran

Pihak produksi ada melakukan latihan sebelum membuat pengambaran iklan pendek tersebut.

Mereka melakukan latihan tersebut di tempat yang biasa saja dengan menggunakan beberapa peralatan keselamatan.

Video di sebalik tabir pengiklanan tersebut telah dimuat naik di akaun Youtube Emirates untuk memberi pendedahan kepada warganet bagaimana proses rakaman ini dilakukan.

Rakaman iklan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi, jadi perancangan yang lengkap dan protokol keselamatan perlu diutamakan.

Menurut sumber, ianya memerlukan masa lebih kurang satu jam daripada tingkat 160 untuk sampai ke puncak bangunan tersebut. Memang tinggi tu!

Ada juga juga yang berkongsi semula video di sebalik tabir rakaman iklan itu di TikTok yang rata-ratanya memang cukup kagum dengan keberanian wanita berkenaan.

https://www.tiktok.com/@prilliaberly/video/6995451698638556442?_d=secCgYIASAHKAESMgowqqhmYitg6TXTGw3QdsE2g3sBz0h5vkc%2B9YY73qUo2WJsjlB0z3VGqf6l1AIU%2Fa7%2BGgA%3D&checksum=4787291e35086a393b73cbc98aea605fbee058bfd22ae458bb83f5314aca521d&language=en&mid=6995451701830470427&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_id=1180&share_item_id=6995451698638556442&share_link_id=57b93432-7f5f-4fdd-be88-41719b9c7bbe&source=h5_t&timestamp=1628841912&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1

Ada yang mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang berpengalaman dan bukanlah pramugari sebenar.

iklan pramugari di atas burj khalidah iklan pramugari di atas burj khalifah

Video itu sememangnya mendapat perhatian warganet di laman sosial dan ianya merupakan antara iklan lain daripada yang lain.

Kalau anda ditawarkan untuk membuat rakaman seperti ini dengan memakai kelengkapan keselamatan, anda sanggup atau tak?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...