(Video) Detik Cemas Lelaki Terselamat Dari Insiden Kipas Terjatuh Dari Siling Ini Membuatkan Netizen Tergamam

Kehidupan

(Video) Detik Cemas Lelaki Terselamat Dari Insiden Kipas Terjatuh Dari Siling Ini Membuatkan Netizen Tergamam

Segala yang berlaku sudah tertulis dan tak ada siapa yang dapat lari daripadanya. Begitu juga yang berlaku pada seorang lelaki ini terselamat daripada insiden mencemaskan ini dengan perbezaan hanya beberapa saat. Dengan hanya menundukkan kepalanya beberapa saat awal, dia berjaya menyelamatkan diri daripada situasi bahaya.

“Kun fayakun, Allahuakbar! Nasib baik kawan abang aku tunduk nak ambil sticker. Ya Allah.”

Advertisement

Perkongsian video berdurasi 45 saat di laman Twitter ini menunjukkan detik cemas seorang lelaki yang terselamat dari dihantuk kipas siling yang secara tiba-tiba terjatuh. Insiden mencemaskna itu berjaya dirakamkan oleh CCTV dan telah mendapat lebih 14 ribu retweet.

Menurut perkongsian itu, rakan kepada abangnya itu bernasib baik terselamat apabila menundukkan kepalanya untuk mengambil sticker pada bahagian bawah kaunter. Pada masa itu lah, kipas siling itu menjunam jatuh dan mengelakkan dirinya dari dihempap. Dia juga dilihat tidak mengalami apa-apa kecederaan dari insiden itu.

Reaksi netizen

Pada bahagian komen, ramai yang turut berasa lega melihat lelaki ini berjaya diselamatkan dan bersyukur tidak ada perkara buruk yang berlaku. Ada juga yang berasa takut dan trauma dengan insiden seperti ini yang sering berlaku disebabkan kecuaian pihak lain.

Insiden kipas siling terjatuh ini pastinya satu mimpi buruk pada semua orang lagi-lagi kita sering dimomokkan dengan cerita begini sejak kecil lagi. Kecuaian dan kesilapan dari segi teknikal pemasangan kipas boleh mengundang maut sekiranya berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...