(VIDEO) Detik Cemas Hampir Disamun Di ‘Highway’ Kesas Jam 1 Pagi, Empat Lelaki Bersenjatakan Parang & Cota

Kehidupan

(VIDEO) Detik Cemas Hampir Disamun Di ‘Highway’ Kesas Jam 1 Pagi, Empat Lelaki Bersenjatakan Parang & Cota

Seorang juruteknik dan keluarganya hampir menjadi mangsa samun empat individu yang bersenjatakan parang dan cota dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kesas pada Rabu.

Menerusi X, ahli keluarga mangsa berkongsi video rakaman dashcam sebuah kenderaan yang memaparkan cubaan empat individu terbabit.

Advertisement

Kejadian pukul 1 pagi tadi di Petron Highway Kesas. Mak mertua dan kakak ipar sekeluarga hampir nak kena samun. Suspek bersenjatakan parang dan cota.

Mangsa berjaya melarikan diri dengan memandu kereta jenis MPV itu terus beredar dari kawasan berkenaan dan membuat laporan polis.

 

Tak sampai 24 jam dah kena tangkap

Tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu berlaku, pihak polis telah berjaya memberkas empat suspek dalam satu serbuan jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Empat suspek yang turut memiliki pelbagai rekod jenayah dan dadah itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam. Mereka ini akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam bagi permohonan reman.

ketua polis selangor datuk hussein omar

Tambah Hussein, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 427 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suspek kes culik albertine leo ditahan semula
2 months ago

Suspek Kes Culik Albertine Leo Ditangkap Semula, Polis Jumpa Alat Mainan S*ks & Bahan Lucah Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...