(Video) Deretan Kedai ‘Bubble Tea’ Di SS15 Subang Jaya, Kini Gulung Tikar Akibat PKP

Trending

(Video) Deretan Kedai ‘Bubble Tea’ Di SS15 Subang Jaya, Kini Gulung Tikar Akibat PKP

Bagi pencinta bubble tea terutamanya di kawasan Lembah Klang, pastinya SS15 Subang Jaya merupakan destinasi yang tidak asing lagi untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka. Deretan kedai-kedai bubble tea di satu jalan di sana yang turut digelar ‘Boba Street’, bagaikan cendawan tumbuh.

Namun semenjak penularan wabak Covid-19, ramai pihak mendapat kesan yang teruk baik dari segi kesihatan dan ekonomi. Kebanyakkan perniagaan terpaksa ditutup hampir 2 bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini telah menjejaskan sebahagian besar pendapatan pemilik perniagaan.

Advertisement

Deretan kedai bubble tea di SS15, Subang Jaya sentiasa dipenuhi pelanggan sebelum PKP dilaksanakan. Sumber

Kedai bubble tea di SS15 Subang Jaya turut menerima kesan yang sama.

Kebanyakkan kedai bubble tea di sana kini telah dinaikkan banner yang tertera “Untuk Disewa & Dijual” akibat tidak mampu lagi bertahan. Situasi ini menunjukkan betapa peniaga dan pemilik premis sangat terkesan akibat COVID-19 . Walaupun PKP adalah penting bagi mengekang penularan wabak ini, kita tidak dapat menafikan ianya turut menyebabkan krisis yang teruk pada ekonomi negara. Ia merupakan kenyataan yang harus dihadapi oleh semua pihak.

Seorang netizen berkongsi video situasi di ‘Boba Street’ SS15 yang menunjukkan hampir keseluruhan kedai bubble tea ditutup.

Kerajaan telah mengeluarkan pelbagai insentif dan bantuan bagi membantu sektor ekonomi dan perniagaan agar terus bertahan dan mampu mengekalkan perniagaan masing-masing. Kita sendiri boleh membantu dengan membeli produk-produk daripada peniaga-peniaga kecil dan sederhana (SME) ini agar mereka mampu meneruskan perniagaan dan seterusnya menjana ekonomi negara.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...