(VIDEO) “Dengarkan Lah..” – Aliff Syukri Bangga Siti Nurhaliza Bagi Gelaran ‘Penyanyi No.2 Malaysia’

Hiburan

(VIDEO) “Dengarkan Lah..” – Aliff Syukri Bangga Siti Nurhaliza Bagi Gelaran ‘Penyanyi No.2 Malaysia’

Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang dimuat naik semula oleh pengguna, Siti dilihat melayan peminat yang menonton sesi siaran langsung tersebut.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoal penyanyi lagu Cindai itu tentang siapakah yang menjadi penyanyi nombor dua sekiranya beliau merupakan penyanyi nombor satu.

Haritu Aliff Syukri nombor satu lepastu dia dah bagi dekat saya so dia jadi nombor dua..

Susulan itu, Datuk Sri Aliff Syukri meluahkan rasa terharu apabila Siti meletakkannya sebagai penyanyi nombor dua Malaysia.

Akhirnya Datuk Sri Siti Nurhaliza telah memilih saya sebagai artis no.2.

Malah, usahawan yang terkenal dengan slogan ‘Terlajar Laris itu’ menganggap perkara tersebut sebagai satu penghargaan.

Disaat orang lain mengecam dan menghina.. beliau telah menerima bakat saya seadanya..

Menerusi video tersebut, isterinya, Datin Sri Nur Syahida turut dilihat tidak dapat menahan ketawa mendengar suara suaminya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia akan merampas kembali gelaran penyanyi nombor satu itu.

Tunggulah awak, hari raya ini awak jadi nombor 2 balik ya, saya nombor satu kembali..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizz Fairuz
9 months ago

"Bukan Saya Memondan Hari-Hari" - Fizz Fairuz Sasar Kutipan RM10 Juta Bagi Filem Mat Tudung Begins

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...