Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah ada mendedahkan bahawa dia tidak dibenarkan suami untuk menyanyi di majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Namun, sebagai balasan, dia dan Shuib ada menghiburkan peminat apabila mereka berdua tampil berduet menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki di Instagramnya.
Kata Watie, lepas kempunan menyanyi, ini adalah kali pertama dia mendendangkan lagu kegemaran sambil diiringi Shuib yang bermain gitar.
Boleh la lepas kempunan sebab majlis perkahwinan haritu dia tak bagi isteri dia menyanyi.Bukan senang sebenarnya si suami (Shuib) nak bagi isteri dia menyanyi.
Sampai kan kadang-kadang tanya dekat dia, awak kata cari pasangan yang pandai menyanyi, tapi kenapa tak bagi saya menyanyi. Saya nyanyi tak sedap ke?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelunakan suara pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah itu dan memintanya untuk ‘cover’ lagu dengan lebih banyak selepas ini.
View this post on Instagram
Done dengar sampai 5 kali..rasa tenang je dengar suara nyanyi macam ni.
Woow, suara Watie betul-betul ala Kelly Clarkson dengan Dato Siti.
Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sah bergelar suami kepada usahawan, Watie Hanifiah dengan sekali lafaz pada 23 Jun lalu bertempat di Putra Glass House, Putra Heights.