(VIDEO) David Teo Kena Tampar Dengan Pelawak Mat Over Depan Perdana Menteri Malaysia

Hiburan

(VIDEO) David Teo Kena Tampar Dengan Pelawak Mat Over Depan Perdana Menteri Malaysia

Semalam, Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 telah diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Namun, berlakunya kekecohan yang kini hangat diperkatakan di media sosial apabila pelawak Mat Over bertindak untuk menampar penerbit filem David Teo.

Advertisement

Insiden itu berlaku dipercayai kerana David bersikap “kurang ajar” di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika  David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.

Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut.

Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan meminta David menghormati Datuk Seri Najib Razak sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat, David sepatutnya cuba untuk menjaga adabnya walaupun mungkin ada rasa tidak puas hati di dalam hatinya. Ada juga yang berpendapat tindakan Mat Over itu agak melampau.

Walaubagaimanapun, ketika sesi dialog itu tiba di penghujungnya , Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...