Semalam, Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 telah diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, berlakunya kekecohan yang kini hangat diperkatakan di media sosial apabila pelawak Mat Over bertindak untuk menampar penerbit filem David Teo.
Insiden itu berlaku dipercayai kerana David bersikap “kurang ajar” di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.
Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut.
Rata-rata netizen berpendapat, David sepatutnya cuba untuk menjaga adabnya walaupun mungkin ada rasa tidak puas hati di dalam hatinya. Ada juga yang berpendapat tindakan Mat Over itu agak melampau.
Walaubagaimanapun, ketika sesi dialog itu tiba di penghujungnya , Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.