Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang pekerja di sebuah kedai minyak wangi terkenal.
Menerusi video tersebut, dilihat pemilik video yang juga merupakan pelanggan telah datang untuk membeli minyak wangi di kedai tersebut namun telah dihalau keluar oleh pekerja tersebut.
Difahamkan, pekerja tersebut menghalaunya keluar kerana didakwa tidak mengimbas MySejahtera. Namun, menurut wanita itu sebenarnya dia sudah pun mengimbasnya sebelum memasuki kedai.
Jangan layan customer macam tak ada duit la yer dasar pemalas.
Malah, wanita itu juga mendakwa pekerja itu juga telah memberi layanan seperti pelanggan yang datang tidak mempunyai duit untuk membeli di kedai minyak wangi tersebut.
@ychoong1 @bathandbodyworks u tengok staff u halau kita sebab kata kite tak scan padahal saya sudah scan outlet puchong ioi mall #fyp #fypage #fyp??viral #bathandbodyworks
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan wanita itu kerana ramai pelangan yang pernah mengalami situasi yang sama.
Weh kakak aku baru kena dua hari lepas, minggu lepas aku kena – Netizen.
“Sebab tu I suka beli online. Sebab I malas jumpa orang macam ni. Padahal kerja makan gaji je. Kita membeli ni banyak duit dari dia berkerja,” tulis seorang pelanggan.
“Tengok masa tu awak pakai apa? Maksud saya imej awak masa tu. Actually pekerja tu tak patut layan even tho customer pakai selipar jepun je,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.