[VIDEO] Dapat Merasa McNuggets, Adik Adam Menangis Kegembiraan

Trending

[VIDEO] Dapat Merasa McNuggets, Adik Adam Menangis Kegembiraan

Kesan wabak COVID-19 bukan sahaja dirasakan di Malaysia, malah seluruh dunia. Ini menyebabkan rutin kehidupan harian kini sudah berubah dan ini termasuk makan di luar.

Di Singapura kesemua cawangan restoran telah ditutup selama tiga minggu bermula dari 19 April hingga 10 Mei.

Advertisement

Siapa sangka nikmat McDonald’s mampu menitiskan air mata. Ini terjadi kepada seorang kanak-kanak 9 tahun yang menghidap autisme.

Ibunya, yang dikenali sebagai Cik Wati di media sosial telah berkunjung ke McDonald’s di Pioneer Mall untuk membeli juadah berbuka puasa pada 18 Mei

Sejurus selepas pulang ke rumah, Adam teragak-agak untuk keluar dari bilik kerana disangkakan ibunya ingin menakutkannya.

“Saya rasa Adam dapat menghidu aromanya”

“Adam, I wanted to surprise you!”

Apabila tiba waktu berbuka puasa, Adam pun mula menjamah McNuggets, tetapi air mata mula berlinang, tanda kegembiraan.

Ibunya memberitahu bahawa nugget bersama kentang goreng dan aiskrim merupakan makanan kegemarannya.

Beliau juga menambah bahawa “reaksi” anaknya yang ramai anggap keterlaluan disebabkan oleh rangsangan deria sensitif dan autisme yang dialami oleh Adam.

Telatah Adam yang comel dan mencuit hati ini juga telah mendapat perhatian dari pelbagai media dan akhbar di seluruh dunia, termasuk Daily Mail.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...