(Video dan Gambar) Tular Penyanyi R&B Terkenal Akon Tunai Umrah

Trending

(Video dan Gambar) Tular Penyanyi R&B Terkenal Akon Tunai Umrah

Gambar serta video penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, Akon yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga serta rakan selebriti tular di media sosial.

Ramai peminat yang tidak mengetahui bahawa ‘rapper’ kelahiran Senegal itu sebenarnya beragama Islam.

Advertisement

Rata-rata netizen yang berkongsi video dan foto tersebut bersyukur dan mendoakan agar dia terus istiqamah mendalami Islam serta segala urusan ibadahnya dipermudahkan Allah SWT.

Semoga ibadah Akon berjalan lancar

Memetik laporan The News, penyanyi Akon atau nama sebenar Aliaume Damala Badara Akon Thiam itu telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi sebelum menuju ke Tanah Suci.

Terima Kasih Saudi – Akon

View this post on Instagram

Saudi Arabia was crazy!! Thanks again Saudi for the love once again.

A post shared by AKON (@akon) on

Dalam satu temu bual yang lain, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Lonely’ dan ‘Smack That’ mengakui rahsia terbesar kejayaannya kini kerana pegangan teguh serta kepercayaannya kepada agama Islam.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...