Belajar dan menimba ilmu sains merupakah ilmu fardhu kifayah dimana tiada halangan untuk seluruh umat Islam untuk mempelajarinya bagi menimba ilmu lebih.
Bagaimanapun, baru-baru ini, terdapat seorang individu lelaki di platform TikTok berkongsikan video mendakwa ilmu sains yang dipelajari di sekolah merupakan ilmu sihir.
Difahamkan dari perkongsiaan lelaki berkenaan, dia mendakwa bahawa ilmu sains boleh merosakkan akidah seseorang umat dan di akhir zaman ini, Dajjal akan datang dengan sihir hebat melalui teknologi maju.
Dengan berkongsikan video sedemikian, rata-rata netizen berasa hairan dengan pandangan lelaki tersebut, malah merasakan ianya tidak masuk akal.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang berseloroh berkata barangkali diri mereka penyihir kerana telah belajar sains di sekolah dan ada juga persoalkan dari mana dia mendapat ‘ilmu’ tersebut hingga berani berkongsikannya di dalam media sosial.