Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menerima banyak kritikan selepas dia memuat naik video pengalamannya di Mekah, semalam.
Menerusi rakaman itu, Hafiz berkongsi usahanya sedaya upaya untuk membantu isteri dan team Ainaa untuk mendapat peluang mencium Hajarul Aswad.
Berhimpit himpit sampai susah nafas
Video itu mempamerkan Hafiz mempertahankan dirinya daripada ditolak oleh orang lain demi untuk memberikan peluang kepada isterinya, Aina dan pekerja wanita untuk ke depan mencium hajarul aswad.
Pekerja wanitanya pula dilihat kepenatan dan sukar bernafas disebabkan kesesakan itu dan Hafiz pula turut memarahi orang lain yang menolak kerana masing-masing mahu mendapatkan peluang yang sama.
View this post on Instagram
Dah puas hati buat content?
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menghentam Hafiz dan pekerjanya kerana terlalu beria-ia mahu melakukan itu sehingga memudaratkan diri.
Malah, ramai yang ‘sekolahkan’ Hafiz kerana sanggup beria-ia begitu demi melakukan perkara yang sunat sehingga ihramnya terlucut hingga ke pinggang.
Dalam pada itu, ada yang turut berkata video Hafiz kali ini tidak dipersetujui mereka kerana dianggap melebih-lebih. Kata mereka sepatutnya ketika menunaikan umrah mereka perlulah fokus beribadah bukannya membuat content.
Mufti taknak tegur?
Menerusi platfrom Twitter pula, ada yang mempersoal pihak mufti untuk menegur tindakan Hafiz dan kumpulannya itu yang dianggap memalukan Malaysia.
Semata-mata nak cium hajarul aswad kau tolak tolak orang lain sampai nak terbogel kat situ. Yang penting ada kamera bagai shoot bukan main lawa.
Kau ni patut kena tangkap je dengan polis saudi tu. Semata mata nak cium hajarul aswad ko tolak2 orang lain sampai nak terbogel kt situ. Yang penting ada kamera bagai shoot bukan main lawa. Hamba content otak sebesaq teloq hang https://t.co/Y1gVR5YjMx
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) March 3, 2024