Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular seorang pengguna penggangkutan e-hailing Grab yang menjadi mangsa gangguan seksual apabila dia ajak ‘main tidur’ bersama pemandu.
Baru-baru ini, tular di applikasi TikTok hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ika Adnan yang memaparkan seorang pemandu e-hailing yang hanya memakai kain tuala ketika membawa penumpang.
Menerusi video tersebut, difahamkan gadis itu terkejut dan mula berfikir bukan-bukan selepas menyedari perkara tersebut sewaktu hampir sampai ke lokasi yang ditujunya.
Dah nak sampai baru aku perasan driver ni pakai tuala je. MAAKKK!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pemandu e-hailing tampil memberi penjelasan bahawa mereka selalunya memakai kain tuala untuk mentup bahagian kaki kerana kesejukan dari pendingin hawa apabila berada di dalam kereta terlalu lama.
@ikaadnan96 tanjat lah kite wak ? #masukfyp #fyp? #fypdongggggggg
Aircond kan sejuk I pun tak boleh kalau aircond on mesti cari blanket or kain. – Netizen.
“Bukan pakai tuala je, saya kerja grab, pun buat benda yg sama, sebab sejuk,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.