Kalau tiba hari raya pastinya pelbagai fesyen busana digayakan setiap orang yang menyambutnya, terutamanya buat kaum wanita.
Dengan lambakan jenis baju yang pelbagai, tinggal saja untuk dipilih, pastinya ramai ingin kelihatan cantik di pagi hari lebaran.
Namun, lain pula yang terjadi pada seorang wanita ini yang dikatakan berlebihan dengan rekaan baju raya yang digayakannya.
Wanita itu yang memuat naik video TikTok memaparkan dia dan ahli keluarganya yang lain pergi menziarahi sanak saudara untuk beraya kelihatan cantik berbaju raya namun kata netizen, busana tersebut terlalu ketat dan diibaratkan ‘menyapu lantai’.
Tambahan dengan cuaca panas, majoriti merasakan pakaian itu hanya mendatangkan masalah buat dirinya sendiri.
Ada juga yang mempersoalkan kebersihan baju tersebut yang diseret di jalan raya sebelum memasuki rumah orang untuk beraya.
Macam-macam hal la eh!