(VIDEO) “Dah Kahwin Ke?” – Sakan Berpeluk Dengan Lelaki Di TikTok, Netizen Persoal Status Zarina Anjoulie Kini

Hiburan

(VIDEO) “Dah Kahwin Ke?” – Sakan Berpeluk Dengan Lelaki Di TikTok, Netizen Persoal Status Zarina Anjoulie Kini

Tular di media sosial TikTok apabila beberapa video memaparkan pelakon dan juga pensohor media sosial, Zarina Anjoulie dilihat berpelukan mesra dengan seorang lelaki dikenali sebagai DS Elzey.

Dalam video tersebut, Zarina dan lelaki berkenaan dilihat sedang menjamu selera bersama rakan-rakan dan anak lelakinya, Awangki Gabriel Martin Ezra turut kelihatan bersama.

Advertisement

Malah, dalam video tersebut, Elzey ada menyertakan tanda pagar #mywife dan #mylove sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai bertanyakan sama ada Zarina sebenarnya sudah bernikah ataupun sekadar teman tapi mesra dengan lelaki itu.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Zarina dan Elzey segera bernikah kerana kelihatan terlalu mesra pula untuk dianggap sebagai teman biasa.

Terdahulu, Zarina tampil membuat pengakuan bahawa dia mempunyai kawan lelaki dan akan memaklumkan kepada peminat jika dia benar-benar sudah berpunya.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Brunei pada tahun 2015 sebelum bercerai setahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia 6 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Tu Cikgu Renang Anak Saya" - Tular Foto Mesra Dengan Seorang Lelaki, Zarina Anjoulie Dedah Masih Belum Sedia Nak Berkahwin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...