(VIDEO) “Dah Boleh Beli Axia!” – Suami Layan Isteri Mengidam, Sanggup Belikan ‘Stroller’ Harga RM23,000

Kehidupan

(VIDEO) “Dah Boleh Beli Axia!” – Suami Layan Isteri Mengidam, Sanggup Belikan ‘Stroller’ Harga RM23,000

Seorang wanita meluahkan rasa terharu apabila suaminya sanggup memenuhi impiannya untuk memiliki sebuah kereta sorong bayi dari jenama butik terkenal, Dior.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Afini Safien itu dilihat telah datang ke butik itu untuk membuat ‘unboxing’ stroller tersebut.

Advertisement

Difahamkan, suaminya bimbang jika impiannya itu tidak tercapai sehingga menjadi ‘kempunan’ memandangkan Afini sedang berbadan dua.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah harga kereta sorang tersebut yang mencecah sehingga RM23,000.

Thank you suami. RM23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi-mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulak katanya suami.

Dalam pada itu, Afini menganggap pemberian daripada suaminya itu sebagai salah satu rezeki bayi yang sedang dikandungnya.

Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli stroller RM23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang.

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli ? nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

? bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terkejut melihat harga kereta sorang bayi itu yang sama seperti harga sebuah kereta Perodua Axia E.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami fetish jadi bayi
1 year ago

"Bila Lampin Penuh, Dia Suruh Saya Tukarkan" - 'Fetish' Pelik, Isteri Dedah Suami Bekerjaya Guru Suka Jadi Bayi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...