(Video) “Dah Banyak Kali Dia Tertidur Sambil Cas Telefon”, Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik

Kehidupan

(Video) “Dah Banyak Kali Dia Tertidur Sambil Cas Telefon”, Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik

Rasanya ramai juga yang tahu tentang bahaya menggunakan telefon yang tengah dicas. Tetapi kadang-kadang kita sendiri terlupa dan rasakan itu hanya perkara biasa sebab semua orang pun lakukan benda yang sama.

Tapi malang menimpa nasib pemuda ini apabila dia terkena renjatan elektrik hingga mendatangkan maut. Seorang ‘video gamer’ ini tertidur ketika bermain permainan online sambil telefonnya sedang dicas.

Advertisement

Mangsa dijumpai keesokan paginya dalam keadaan badannya berwarna biru kebiruan dan tangan kirinya berada bersebelahan plug dan melecur.

tangan melecur
Kejadian yang berlaku di Thailand ini dikongsikan oleh mak cik mangsa. Pada mulanya dia berasa pelik kenapa mangsa tidak bergerak semasa dia sedang mengemas rumah. Selepas menyedari keadaan mangsa, dia bergegas memadamkan suis elektrik dan menghubungi pihak polis.

“Dia memang selalu habiskan masa bermain telefon dengan plug disebelahnya. Sudah banyak kali saya perasan, dia tertidur dengan telefon masih dicas.”

Polis yang tiba di tempat kejadian turut mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia. Kes itu juga ditutup kerana tidak ada unsur yang mencurigakan berlaku.

Malang tidak berbau. Memang kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila terlelap sambil main phone tu. Harap kita semua dapat ambil pengajaran dari kes ini.

Sumber: Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...