(VIDEO) “Dah 2 Bulan..” – Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga, Netizen Tanya Mana Anak?

Kehidupan

(VIDEO) “Dah 2 Bulan..” – Tidur Di Kaki Lima Sampai Mengganggu Peniaga, Netizen Tanya Mana Anak?

Viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan seorang makcik yang sudah 2 bulan tidur di kaki lima telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat rakan kepada pemilik kedai telah menegur makcik berkenaan kerana barang-barang miliknya telah menghalang jalan dan mengganggu perniagaan mereka.

Advertisement

Malah, apabila wanita itu cuba untuk meminta number telefon anaknya, makcik itu mengatakan anaknya tidak memiliki handphone.

Dia kata dia tengah cari rumah untuk saya, tapi tak dapat..

Apa yang lebih menyayat hati, makcik itu turut mengalami masalah kesihatan iaitu batuk dan semput.

Namun, apabila pemilik video menawarkan untuk mencari rumah orang tua-tua untuknya, makcik itu enggan menerima.

Rumah orang tua saya tak nak, pantang saya masuk orang tua.

@thecuciking

Kesian memang kesian, tapi dah 2 bulan duduk depan kedai kawan kita sampai ganggu orang nak meniaga. #fyp #fypdongggggggg #bendadahpost

? original sound – The Cuci King (MY) – The Cuci King (MY)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan warga emas itu dan mempersoalkan keberadaan anak yang ditunggunya itu.

Anak dia cari rumah.. pertanyaan aku anak dia tidur dekat mana.. asal tinggalkan mak dia macam tu.. – netizen.

Saya faham… owner nampak garang nampak lantang.. tapi ye.. owner kesian, simpati, owner niat baik, lain negeri lain bicara, semoga dipermudahkan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Jijik Perangai!" - Pemandu Lori Sempat 'Usha' Paha Wanita Kereta Sebelah Masa 'Jem' Bikin Netizen Loya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 1, 2022 at 11:35 am

    Tapi kalau betul sudah di offer duduk di rumah org2 tua dulu, ambik lah. Awak sanggup idup cam gitu? Dah 2 bulan lebih macam tu? Something is not right here, somewhere, somehow. And if mmg anak dia pi cari umah, anak tu idup menumpang ker macam mana? kenapa dibiarkan mak tu macam tu?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...