Tular semalam di media sosial apabila seorang pemilik hotel di Taiping, Perak yang bergelar Dato’ telah dikecam netizen gara-gara tindakan para pekerjanya yang kurang ajar.
Dalam hantaran tersebut, seorang pengguna Twitter telah memuat naik kembali video TikTok yang menunjukkan pelanggan tersebut telah dilayan dengan buruk oleh staff hotel berkenaan sambil diperhatikan oleh pemilik hotel tersebut yang bergelar Dato’.
Bila service anda teruk sepatutnya mohon maaf & mengakui kesilapan bukannya bersikap seperti ini.
Kalau xreti buat business dgn pelanggan jgn buat. pic.twitter.com/SFSL9E1d88
— Dean of Deen : (@Mulut_Cabai) May 8, 2022
Sikap pemilik hotel dan para pekerja hotel tersebut yang melayan pelanggan dengan buruk itu ternyata telah mengundang rasa berang dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial rata-rata menceritakan pengalaman yang sama di mana hotel tersebut sememangnya dikenali dengan servisnya yang teruk dan layak diboikot.
Setelah diteliti dan hasil carian mendapati bahawa di Google Review hotel tersebut telah ditutup gara-gara ‘rate’ netizen yang tidak memuaskan.