(VIDEO) “Cukup Sampai Sini Je” – Tular Video Shuk Akui Menyesal, Rossa Sera Tampil Beri Respon

Hiburan

(VIDEO) “Cukup Sampai Sini Je” – Tular Video Shuk Akui Menyesal, Rossa Sera Tampil Beri Respon

Sebelum ini, viral di media sosial video memaparkan pelawak, Shuk Sahar yang mengakui menyesal menduakan isterinya, Rossa Sera di program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Tampil memberi respon, Sera atau nama sebenarnya Rossalenna Natassyiah Asshaferah telah muncul di rancangan MeleTOP baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Sera dilihat tidak dapat menahan sebak walaupun baru sahaja melangkah masuk sehingga terpaksa ditenangkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad.

Ditanya sampai tahap bagaimana kemaafan yang mampu diberikan kepada suaminya, Sera berkata kemaafan yang diberikan sebelum ini hanya ibarat menyakiti hati sendiri sehingga sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.

Bagi saya cukup sampai situ sahaja sebab mungkin saya tak mampu nak bahagiakan dia.

Malah, Sera turut mengakui punca kekuatannya untuk meneruskan kehidupan adalah hanya melalui anak-anak dan ibu bapa.

@imranimlap

#meletop #fyp Rossa Sera pt2

? original sound – imran imlap – imran imlap

Bagaimanapun, Sera enggan meletakkan seratus peratus kesalahan kepada Shuk kerana mungkin ini juga merupakan ujiannya sebagai seorang suami.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sebak melihat Sera yang cukup tabah dalam melalui ujian rumah tangga dan memberi kata-kata semangat untuk wanita itu.

Dalam tangis tu, nampak sera masih sayang. Tapi shuk.. tak ada jaminan kesetiaan untuk sera – netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktok paknil shuk sahar
3 years ago

(VIDEO)”Berbaloi Ke Curang?” - Soalan 'Panas' Paknil Buat Shuk Sahar Terkelu, Akui Menyesal Duakan Sera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...