Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Cover Lagu Wanita, Nyanyian Bella Astillah Bikin Netizen Sebak

Mungkin tidak mahu terus terbawa dengan emosi duka gara-gara kontroversi kecurangan suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon wanita, Oktovia Manrose, penyanyi Bella Astillah cuba untuk menghiburkan hatinya dan memuat naik video di akaun Instagramnya.

Advertisement

Menyanyikan semula lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Wanita, video tersebut yang dimuat naik kira-kira empat hari lalu sudah viral dan mendapat lebih 1 juta tontonan setakat ini.

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Advertisement

Rata-rata netizen memuji Bella sangat berbakat dan mempunyai suara merdu itu dan ada juga yang sebak saat mendengar nyanyian beliau.

Terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat lagu tersebut seakan ditujukan kepada suaminya Aliff Aziz menggambarkan perasaan dan luahan terhadap kontroversi yang melanda rumah tangga mereka.

Tidak dinafikan Bella mempunyai suara yang merdu dan kami sendiri dapat rasakan penghayatan beliau menyanyikan lagu itu. Kalau layan berulang kali memang sebak dibuatnya. Apa-apa pun, harap beliau kekal tabah.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. OwlME

    March 14, 2019 at 12:09 pm

    dia dah mai dah si gila glamer ni.. BORING BAH CERITA Mu saja ani..kau ani siapakan? bukan jua artist.. balik sabah bah kau..

  2. haha

    March 14, 2019 at 9:03 am

    pelik betul..isteri dah lawa..ape lg nak..tak bersyukur betul

    • takdenama

      March 14, 2019 at 9:59 am

      lawa saja bukan pakej suami tak curang…
      izzue islam 100 markah lebih hensem dari alip ajis ni tapi setia je dengan bini dia…

      moral of the story: pakej body dan rupa bukan tiket supaya laki tak curang ke hape.

    • tipahhhh

      March 14, 2019 at 10:04 am

      dapat bini bimbo pun susah jugek.. tu yg laki pun fed up.. kemaruk perhatian si bella ni. dulu mula2 kesian lah masa kes pipah, tapi start dia buat talk ape jadah ntah tu, da hidu something fishy dia ni. N nah now terbukti dia mmg attention seeker, laki buat hal lagi, kecoh satu malaya. Orang kalu ada class dia settle dlm kelambu la menda gini, org mereng je kecoh2 pastu maafkan buat mcm xde jadik apa..pastu acah2 woman empowerment, pastu acah2 nyanyi2 lagu gini. sedih idop.

  3. fifi

    March 14, 2019 at 8:57 am

    Lawak aku perangai la laki bini, hal mcm ni nak nyanyi la ape la…. pegi selesaikan mcm org matang la weh…

  4. Anonymous

    March 14, 2019 at 8:39 am

    Sebenarnye dia dgn laki dia ni dah xde job.. tu yg segaja plan buat gosip panas nak bagi nama alip naik balik..pastu buat press conference dapat la sponsor & payment.. pengarah kn suka artis tgh viral2. Lagi2 si mikel ang tu..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top