Pasangan pempengaruh, Umisya Mazlan dan Aslam sering meraih perhatian di media sosial jadi tidak hairanlah apa sahaja hantaran yang melibatkan mereka akan menjadi bualan.
Video dikongsikan oleh akaun syarikat kosmetik di TikTok kembali tular dan mendapat perhatian selepas pasangan itu diajukan beberapa soalan mengenai kehidupan mereka suami isteri.
Berdasarkan video itu, Aslam dan Umisya telah ditanya tentang perangai masing-masing seperti siapa yang lebih romantis atau lebih memahami dan macam-macam lagi.
Soal jawab bersama pasangan itu telah tular di ‘FYP’ TikTok dan komen-komen netizen tentang Aslam dan Umisya turut mencuri perhatian.
Selain ramai yang memuji tentang pasangan ini serta kecantikan Umisya, satu komen ‘savage’ daripada seorang individu menerima pelbagai respon netizen.
Siapa yang curang? Siapa yang ada madu?
Apa sahaja hantaran mengenai pasangan ini sering mendapat perhatian masyarakat dek kerana status Aslam yang beristeri dua dan status Marissa Dania sebagai pempengaruh media sosial dan anak kepada selebriti terkenal.