Pensohor media sosial, Norreen Iman sekali lagi menjadi mangsa kecaman warga maya apabila dia tampil membuat video aksi wanita ketika ingin solat berjemaah bersama seorang rakannya.
Dalam video tersebut, Norreen dilihat bergurau senda dengan rakannya dan menunjukkan situasi biasa dan masalah yang dialami wanita ketika memakai telekung untuk menunaikan solat.
Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ni hukumnya haram.
Nabi S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya” (Abu Dawud)
Nauzubillah. ?? https://t.co/6lMJsXvlka
— ~Muhammad Syarafi~ ™? (@RafiCounsel) April 6, 2023
Namun, perkongsian tersebut menuai pelbagai respon daripada netizen dan rata-ratanya tampil mengecam tindakan Norreen yang dianggap memperlekehkan agama Islam.
Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ini hukumnya haram. Nabi S.A.W bersabda, ‘Celakalah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya (Abu Dawud)’
Menjengah ke ruangan komen, netizen merasakan ‘content’ yang dibawa Norreen semakin tidak kelakar dan merasakan pelakon itu hanya melakukan ‘marketing’ yang boleh menimbulkan kecaman hanya semata-mata untuk kekal relevan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Norreen Iman menjadi tumpuan warga maya dan sering kali menjadi buah mulut gara-gara sering berpakaian seksi di media sosial Instagram dan TikTok.